Tribun konsul

Tribun Konsul atau juga dikenali konsul merupakan jawatan kerajaan tertinggi di Republik Rom yang bersamaan dengan Perdana Menteri atau Presiden pada zaman moden ini. Pada asalnya dua lelaki akan dipilih oleh Comitia centuriata dan mereka akan berkhidmat selama satu tahun untuk mengelak korupsi. Dua konsul adalah dipilih supaya ada sistem semak dan seimbang sebab setiap konsul boleh mengenakan kuasa pembatal terhadap keputusan konsul yang lain. Walaupun begitu, Julius Caesar dan beberapa diktator yang lain telah membuktikan bahawa sistem dwi-kuasa ini tidak berkesan apabila salahseorang konsul lebih berpengaruh dari konsul yang lain. Para konsul merupakan pengerusi Senat Rom dan mereka adalah Panglima Besar tentera Rom (kedua-duanya diberi dua legion) dan merupakan hakim agung di Rom.